PUTRAJAYA - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menapis semua pegawai di pejabatnya bagi memastikan rakyat yakin akan integriti mereka.
Beliau berkata, tapisan SPRM itu terhad kepada para pegawai yang bekerja secara langsung dengannya manakala bagi pegawai di jabatan lain di Wisma Putra, ia akan berpandukan garis panduan yang dikeluarkan kementerian.