Covid-19: MOA tangguh program My Best Buy

Iklan

GEORGETOWN - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MoA) menangguhkan Karnival My Best Buy Agropreneur Muda akibat penularan virus Covid-19.

Program itu telah dijadualkan berlangsung di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis pada 13 hingga 15 Mac ini.

Iklan
Iklan

MOA menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini menyatakan keputusan itu dibuat selepas mengambil nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) yang menggesa supaya semua perhimpunan melibatkan orang ramai ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19.

"Penularan wabak Covid-19 ini yang berlaku di seluruh dunia telah dikategorikan sebagai pandemik dan disebabkan itu, pihak pengurusan MOA perlu mengambil langkah proaktif dalam mencegah penularan wabak ini demi kesihatan dan keselamatan seluruh warga tani dan masyarakat sekeliling," menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Kementerian turut menyatakan bahawa tarikh baharu untuk perlaksanaan program Karnival My Best Buy Agropreneur Muda akan dimaklumkan kelak.- Bernama