Covid-19 ragut nyawa Komander IRGC Jeneral Shabani

Iklan
Shabani antara 514 terkorban akibat koronavirus di Iran.

ANKARA - Komander Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) Brigedier Jeneral Nasser Shabani meninggal dunia akibat penyakit koronavirus (Covid-19), menurut agensi berita Fars pada Jumaat.

Agensi berita Anadolu melaporkan Shabani memulakan kerjayanya pada 1982 semasa Perang Iran-Iraq.

Iklan
Iklan

Selain China, Itali dan Korea Selatan, Iran adalah antara negara paling teruk terjejas.

Angka korban di Iran meningkat kepada 514 orang.

Iklan
Iklan

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianoush Jahanpour berkata, seramai 85 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu manakala 1,289 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 11,364. - Bernama