Covid-19: India catat kes kematian kedua

Iklan
India mencatatkan satu lagi kematian akibat Covid-19 membabitkan seorang wanita berusia 68 tahun di bandar raya New Delhi. - Foto Reuters

NEW DELHI - India mencatatkan kematian kedua akibat koronavirus (Covid-19) membabitkan seorang wanita berusia 68 tahun di bandar raya New Delhi, lapor agensi berita Anadolu.

Memetik kenyataan pihak berkuasa, pesakit yang merupakan penghidap penyakit kencing manis dan hipertensi itu pernah berhubung dengan pesakit Covid-19.

Iklan
Iklan

"Sampelnya diambil 8 Mac, bagaimanapun disebabkan komorbiditi (dua atau lebih penyakit dihidapi serentak), dia meninggal dunia pada 13 Mac di Hospital RML, Delhi.

Kementerian Kesihatan mengatakan sehingga malam semalam sejumlah 82 kes disahkan Covid-19 dilaporkan, 17 daripadanya warga asing.

Iklan

Kematian pertama dilaporkan pada Khamis.

Perdana Menteri, Narendra Modi dalam Twitternya kelmarin menggesa rakyat sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak panik. - Bernama

Iklan