'Pari-pari putih' kena cekup

Iklan
Antara yang ditahan dalam Op Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR - Polis menahan 60 pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang pakaian ala 'pari-pari putih' di sebuah kelab malam di ibu kota di sini, tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kesemua wanita itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, GRO terbabit terdiri daripada 52 orang warga Thai, Vietnam (tujuh) dan Laos (satu) yang berusia 19 tahun sehingga 33 tahun.

"Mereka berpakaian seksi serba putih bagi menarik pelanggan berhibur dengan mengikut tema khas ala 'pari-pari putih' pada malam itu.

Iklan

"Pengunjung boleh memberikan tip kepada wanita-wanita terbabit dengan menghadiahkan ‘kain selempang’ yang dibayar dengan harga antara RM100 hingga RM5,000 bagi mendapat layanan khas,” katanya selepas operasi tersebut.

Antara yang ditahan dalam Op Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, tengah malam tadi.

Nik Ros Azhan berkata, seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun yang berperanan sebagai penjaga premis serta tiga pekerja lelaki asing terdiri daripada dua warga Vietnam dan seorang warga Bangladesh turut ditahan.

Iklan

"Semakan mendapati pusat hiburan tersebut mempunyai lesen beroperasi sehingga akhir tahun ini namun pemiliknya menggaji wanita warga asing secara haram untuk bekerja sebagai GRO.

"Kesemua yang ditahan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39B di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992.

Katanya, Op Noda berakhir kira-kira jam 2 pagi itu dijalankan 18 pegawai dan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.