Zii Jia terkandas di separuh akhir Seluruh England

Iklan
Zii Jia - Foto The Star

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia gagal melakar kejutan untuk melangkah ke perlawanan akhir Seluruh England selepas tewas kepada pemain pilihan kedua kejohanan Victor Axelsen 17-21, 21-13 dan 21-19 di Arena Birmingham, sebentar tadi.

Namun, penampilan pemain berusia 21 tahun itu seharusnya dipuji apabila menampilkan permainan penuh bertenaga dalam pertarungan selama 1 jam 13 minit itu mengheret Axelsen sehingga ke set penentuan.

Iklan
Iklan

Perjalanan Zii Jia dalam saingan Seluruh England kali ini juga cukup memberangsangkan apabila memulakan kejohanan dengan mengejutkan pilihan keenam dari Indonesia, Jonatan Christie 21-15, 21-13 dan membenam cabaran Lu Guang Zu dari China 21-10, 21-16 pada pusingan kedua.

Pada aksi suku akhir, Zii Jia menumbangkan pilihan ketiga yang juga pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Chen Long 21-12, 21-18.

Iklan

Pencapaian mara ke kelompok empat terbaik ini juga disifatkan kejayaan buat Zii Jia dalam kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 1000 apatah lagi ini adalah penampilan sulungnya di Seluruh England.

Kali terakhir Malaysia muncul juara Seluruh England dalam acara perseorangan lelaki adalah menerusi Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2017.

Iklan