SAYAP Juventus, Cristiano Ronaldo menawarkan beberapa hotel miliknya di Portugal untuk dijadikan hospital sebagai pusat rawatan wabak koronavirus (Covid-19).
Anak kelahiran Madeira itu sedang menjalani proses kuarantin di rumahnya selepas rakan sepasukannya Daniele Rugani dari kelab Juventus didapati positif Covid-19.
Iklan
Iklan
Perkara itu dikongsi di Twitter @b3naldo7 yang menarik perhatian orang ramai yang menganggapnya bersikap pemurah.
Pada media sosial itu juga Ronaldo turut menggesa masyarakat tampil menghulurkan bantuan.
Difahamkan, kos rawatan mereka yang dijangkiti Covid-19 dan elaun petugas perubatan yang menjaga pesakit akan ditanggung oleh bintang bola sepak itu.
Seperti negara lain, kerajaan Portugal turut mengarahkan rakyatnya mengurangkan aktiviti luar serta tidak menggalakkan pergi ke lokasi tumpuan ramai.
Setakat ini, Portugal mencatatkan 169 kes Covid-19 di seluruh negara.