PARIS - Perancis mengesahkan sejumlah 5,423 kes jangkitan novel koronavirus (Covid-19), peningkatan sebanyak 923 berbanding sebelumnya, tertinggi sejak virus itu dikesan di negara ini, kata pihak berkuasa pada Ahad.
Setakat ini seramai 127 pesakit maut, daripada jumlah itu 91 kematian didaftarkan pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.
Iklan
Iklan
Pada Sabtu, Perancis meningkatkan paras amaran kepada 'tahap tiga', tahap tertinggi di bawah pelan tindakan pencegahan wabak, yang memerlukan langkah-langkah pengawalan diperkukuh untuk mengurangkan kesan pandemik.
Justeru, kerajaan Itali mengambil langkah separa 'lockdown' menyaksikan tempat seperti kafe, restoran dan disko, ditutup sehingga diberitahu kelak. Bagaimanapun, kedai barangan runcit, farmasi, stesen minyak dan kedai tembakau masih dibuka.
Sistem perkhidmatan pengangkutan awam juga beroperasi seperti biasa. Tempat ibadat masih dibuka tetapi semua aktiviti dan acara ditangguhkan.
Tadika, sekolah dan universiti akan terus ditutup"selagi keadaan memerlukan".- Bernama
Artikel Berkaitan