ROM- Wabak novel koronavirus (Covid-19) kini meragut 368 nyawa di Itali pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua memetik data terkini Jabatan Perlindungan Awam.
Ketua Jabatan Perlindungan Awam, Angelo Borrelli mengesahkan seramai 20,603 orang telah dijangkiti dan 1,809 meninggal dunia sejak epidemik pertama berlaku di utara Itali pada 21 Februari.