Teroka pasaran baharu minyak sawit langkah tepat bantu pekebun

Iklan
Naraza

KUANTAN - Hasrat Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) untuk menerokai pasaran baharu minyak sawit adalah langkah tepat bagi meningkatkan sumber pendapatan pekebun.

Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi), Nazara Muda berkata, langkah yang diambil MPIC itu akan membawa Malaysia ke era perdagangan industri ini lebih luas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, justeru perancangan rapi perlu dilakukan bagi membolehkan Malaysia memecah pasaran tradisi seperti India, China dan Kesatuan Eropah, sekaligus menerokai pasaran baru di negara lain.

"Generasi yakin jika ia berjaya, pasti akan memberi nilai tambah kepada lebih sejuta pekebun sawit termasuk peneroka Felda.

Iklan

"Kita juga percaya usaha MPIC di bawah Menteri baharu, Datuk Dr Mohamad Khairudin Aman Razali bersama seluruh tenaga kementerian ini akan mencapai sasaran penerokaan pasaran baru dunia,"katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Nazara turut mencadangkan MPIC berusaha mencari jalan terbaik bagi mengelak kerugian hasil pendapatan pekebun.

Iklan

Katanya, setiap kali berhadapan musim harga komoditi merudum, punca pendapatan pekebun pasti merosot teruk.

Sebelum ini, Dr Mohd Khairuddin memaklumkan Kerajaan akan mencari pasaran baharu minyak sawit sebagai langkah mengelak pergantungan kepada pasaran tradisi dan langkah itu juga untuk meneroka pasaran baharu minyak sawit yang akan membantu hampir sejuta penduduk negara ini yang terlibat dalam aktiviti tersebut.