Serangan terhadap wartawan tidak boleh diterima: Saifuddin

Iklan
Saifuddin Abdullah -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengecam apa yang disifatkan beliau sebagai serangan berbaur perkauman terhadap seorang wartawan portal berita Malaysiakini dalam laman sosial.

"Sebarang ugutan atau serangan terhadap wartawan yang bertugas tidak boleh diterima sama sekali," katanya dalam hantaran di laman Facebook dan Twitter hari ini.

Iklan
Iklan

Wartawan itu dilaporkan menjadi sasaran di Facebook berhubung berita yang ditulisnya berkenaan kenyataan Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai pembalakan di Kelantan. - Bernama