Covid-19: Masjid ditutup sementara

Iklan
Kawasan depan masjid sunyi sejak penutupan bermula semalam.

KOTA BHARU – Penduduk Taman Seri Keranji di Kubang Kerian tidak menyangka masjid di kawasan berkenaan terpaksa ditutup berikutan ia dikatakan menjadi lokasi persinggahan kumpulan tabligh yang menyertai perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan tersebut hari ini menunjukkan kawasan Masjid Taman Seri Keranji itu turut disekat menggunakan pita putih, selain pintu-pintu utama di kunci rapi.

Iklan
Iklan

Penutupan tersebut dikatakan untuk tujuan pembersihan dan sanitasi dan ia dijangka akan dibuka beberapa hari lagi selepas semua urusan pembersihan dijalankan sebaik mungkin.

Salah seorang penduduk, Wan Yusoff Wan Mustapha, 68, yang merupakan jemaah tetap di masjid itu memberitahu dia sangat terkejut apabila mendapati masjid yang terletak beberapa meter dari kediamannya itu ditutup.

Iklan

"Saya balik kerja, pelik tengok sunyi sahaja di masjid. Biasanya masing-masing sudah mula membanjiri masjid bila masuk waktu dan sebagainya.

"Kemudian saya dikejutkan sekali lagi dengan kedatangan pihak Jabatan Kesihatan Negeri yang membuat tinjauan dan melakukan beberapa proses di masjid tersebut.

Iklan

"Barulah saya tahu rupa-rupanya ia berkaitan dengan penularan wabak Covid-19 itu sebab ada kumpulan tabligh yang singgah di masjid ini baru-baru ini," katanya.

Wan Yusoff Wan Mustapha

Menurutnya, masjid tersebut tidak pernah ditutup dan berharap penutupan berkenaan tidak mengambil masa yang lama.

"Buat masa sekarang ini, kami tidak dimaklumkan lagi bila masjid ini akan dibuka semula," katanya.

Semalam, rakyat negara ini dikejutkan dengan kenyataan terbaharu daripada Kementerian Kesihatan bahawa Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan Covid-19 selepas mencatatkan 428 kes dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi.

Pintu utama masjid dikunci sejak semalam.