Empat remaja tunggang basikal lajak ditahan

Iklan
Aksi remaja yang menunggang basikal lajak.

GOMBAK - Polis Gombak menahan empat remaja lelaki dan menyita basikal lajak mereka kerana mengayuh secara melulu dan berbahaya di Bandar Baru Selayang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, remaja berusia antara 12 hingga 15 tahun itu ditahan pada jam 5 petang ketika pemantauan di Bandar Baru Selayang menghala ke Jalan Bidara.

Iklan
Iklan

"Polis mendapati tujuh remaja menunggang basikal lajak tetapi tiga daripada mereka melarikan diri manakala yang lain dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

"Hasil pemeriksaan mendapati semua basikal mereka diubah suai dan tidak mempunyai ciri keselamatan seperti tiada sistem brek," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Selayang hari ini.

Iklan

Arifai berkata, polis mengeluarkan dan memanggil penjaga remaja terbabit untuk sesi kaunseling dan amaran.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Iklan