Covid-19: Rusia tutup sempadan dengan Belarus

Iklan
-Foto AFP

MOSCOW - Rusia memutuskan menutup sempadan dengan Belarus untuk membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19), kata Perdana Menteri Mikhail Mishustin, lapor agensi berita Sputnik.

"Kabinet mengambil keputusan menutup sempadan dengan Belarus untuk perjalanan peribadi, selain mengambil beberapa langkah pencegahan lain," kata Mishustin pada Isnin.

Iklan
Iklan

Selain itu, kabinet turut memperuntukkan 300 bilion rubel (AS4 bilion) untuk digunakan bagi mengurangkan kesan Covid-19.

Di samping itu tarikh akhir potongan cukai akan dilanjutkan kepada sektor pelancongan dan penerbangan serta industri lain.

Iklan
Iklan

Menurut Mishustin, beliau juga akan mengetuai majlis penyelarasan mengenai wabak itu. Kabinet turut bercadang memperkenalkan sistem pemberitahuan dalam talian untuk memastikan rakyat lebih mudah mendapat maklumat mengenai wabak itu. -Bernama