Sallehuddin tidak gentar berdepan dua kerajaan

Iklan
Sallehuddin bersama buku Perlembagaan yang turut menjadi asas dan intipati perjuangannya dalam PRK tersebut.

LIPIS -"Saya lawan dua kerajaan iaitu kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Calon Bebas Sallehuddin Ab Talib, 60 yang berdepan calon BN, Ramli Mohd Nor dan calon PH, M.Manogaran dalam PRK Cameron Highlands mengakui ia satu tugas berat buatnya berdepan dua calon tersebut dalam PRK terbabit.

Iklan
Iklan

Selain dua calon terbabit, anak jati Pahang kelahiran Kuala Lipis itu berdepan seorang lagi calon Bebas, Wong Seng Yee.

Namun bekas pensyarah kanan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan Lipis itu tetap optimis dengan peluang yang dimiliki untuk meraih sokongan pengundi di parlimen tersebut.

Iklan

"Dari segi logik akal bagaimana saya hendak survival kalau tiada semangat namun semangat saya untuk membela nasib rakyat.

"Dengan nasib peneroka yang semakin teruk dan hutang pun tiada kesudahan, masyarakat Orang Asli yang masih ketinggalan selain orang kampung yang memerlukan perhatian, saya mahu membela nasib rakyat,"katanya lagi.

Iklan

Ditemui di kediamannya di Felda Sungai Koyan 1,hari ini, anak kedua daripada lapan beradik itu tidak gentar dengan persaingan yang dihadapi.

"Saya tak takut.. saya hanya takut pada ALLAH. Biarpun hanya guna peruntukan terhad, saya harung dan lawan.

"Buat masa ini saya berkempen edar risalah, pergi ke lokasi tumpuan orang ramai dan turut gunakan media sosial," katanya.

Ditanya signifikan penggunaan buku sebagai logo bertanding, pemegang Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu menyifatkan ia dekat dengan dirinya sebagai bekas pendidik selain aspek pendidikan turut menjadi tunjang perjuangannya.

"Saya juga menjadikan buku Perlembagaan Negara sebagai asas dan intipati perjuangan kerana ramai yang masih tidak tahu dan berani mencabar perlembagaan yang telah termaktub sekian lama," katanya.