BUENOS AIRES - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro hari ini mengisytiharkan tujuh negeri akan dikenakan perintah kuarantin termasuk Caracas untuk mengekang penularan wabak novel koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Sputnik.
"Bermula 5 pagi (09.00 GMT) pada 16 Mac, kuarantin akan dikuatkuasakan di wilayah La Guaira, Miranda, Cojedes, Zulia, Apure, Tachira dan Caracas," kata Maduro dalam ucapannya.