Covid-19: Pemegang IC Brunei dilarang keluar negara

Iklan
Pegawai keselamatan memeriksa suhu badan orang ramai sebelum masuk ke sebuah bangunan di di Bangkok, Thailand. - Foto AFP

BANDAR SERI BEGAWAN - Rakyat Brunei, penduduk tetap dan warga asing yang memegang kad pengenalan sah (IC) tidak dibenarkan keluar dari negara itu mulai hari ini.

Larangan itu bagaimanapun terkecuali bagi kes melibatkan rawatan perubatan, menghadiri perbicaraan mahkamah atau melanjutkan pengajian di luar negara.

Iklan
Iklan

Sebarang perjalanan tertakluk kepada kelulusan daripada Pejabat Perdana Menteri dan permohonan perlu dikemukakan terlebih dahulu bersama bersama salinan dokumen yang diperlukan.

Borneo Bulletin melaporkan, langkah terbaru untuk membendung penyebaran koronavirus (Covid-19) itu diumumkan Menteri Kesihatan, Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham Haji Jaafar pada sidang media khas semalam.

Iklan

"Buat masa ini adalah penting untuk membendung penyebaran virus di negara ini dengan mengekalkan populasi semasa.

"Bagi mereka yang masuk ke Brunei, langkah selanjutnya akan diumumkan beberapa hari lagi. Berapa lama ia akan berlangsung bergantung kepada keadaan," katanya.

Iklan

Semua penduduk juga dilarang ke luar negara kecuali mendapat kelulusan dari Pejabat Perdana Menteri.

"Setiap individu mesti bertanggungjawab secara sosial. Situasi ini sentiasa berubah setiap hari," jelasnya. - Agensi