Perintah Kawalan Pergerakan: Tujuh saranan untuk kerajaan

Iklan
ABDUL RAHMAN

Salam. Beberapa cadangan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kita dalam Kabinet:

1) Benarkan pengusaha kimia untuk tukar bisnes kepada membuat hand sanitizer walaupun tidak ada lesen dari MOH dan KPDNKK. Stok hand sanitizer amat terhad dan ianya amat penting untuk pembersihan tangan. Untuk membuat hand sanitizer tidaklah sukar. Lagipun ianya bukan untuk di makan dan lesen-lesen tertentu itu boleh dimansuhkan. Jika penawaran botol plastik tidak mencukupi, benarkan mereka menjual dalam bentuk kuantiti yang boleh diisi dalam botol kosong yang dibawa oleh pembeli.

Iklan
Iklan

2) Benarkan pengusaha restoran makan untuk terus beroperasi tanpa pelanggan. Sekurang-kurangnya mereka boleh menghantar makanan melalui food panda atau Grab food. Budak budak yang menghantar makanan pun boleh cari pendapatan dalam keadaan sekarang ini. Pengusaha restoran pun boleh bernafas sedikit.

(3) Semua material atau produk dari China yang tersadai di warehouse atau gudang di pelabuhan Malaysia dibenarkan untuk dilepaskan tanpa kuarantin yang terlalu panjang. World Health Organisation (WHO) berpandangan jangkitan virus melalui hantaran package atau hantaran barangan sangat rendah. Sekurang-kurangnya kilang di Malaysia masih boleh beroperasi.

Iklan

(4) Haramkan"short selling” dalam Bursa Malaysia di mana pelabur boleh menjual saham yang dia tidak pegang dengan harapan dapat membeli saham tersebut pada harga yang rendah. Ini akan menyebabkan harga saham mendapat tekanan jualan dan harga akan jatuh lagi.

(5) Online bisnes mesti digalakkan lagi. Perniagaan atas talian tidak ada interaksi fizikal.

Iklan

(6) Tidak benarkan pembelian makanan dan barangan rumah yang berlebihan. Siapa yang buat boleh didakwa.

(7) Jangan umum dasar yang tidak efektif tapi merugikan. Contohnya 2% diskaun bil elektrik tidak efektif tapi akan menyebabkan kos subsidi kerajaan sebanyak RM500 juta sedangkan harga minyak dan arang batu sudah murah dan kos operasi TNB sudah berkurangan. Biarlah diskaun itu ditanggung oleh TNB bukannya kerajaan. RM500 juta subsidi kerajaan itu boleh digunakan untuk membeli ventilator dan peralatan kesihatan yang lain dalam menghadapi kes kes yang dijangka akan memuncak dalam beberapa minggu akan datang.

Semoga Allah melindungi Malaysia dan rakyatnya.

DARD

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

Ketua UMNO Sabah

Bahagian Tuaran

16.03.20