Jerman laksana kawalan sempadan

Iklan
Pihak berkuasa memeriksa kenderaan di sempadan Jerman-Perancis antara Kehl dan Strasbourg selepas Berlin melaksanakan langkah kawalan sempadan bermula semalam. - Foto AFP

BERLIN - Jerman memperkenalkan semula kawalan sempadan dengan Perancis, Austria, Switzerland, Luxembourg dan Denmark bermula semalam susulan ancaman pandemik koronavirus (Covid-19) yang semakin meningkat.

Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Horst Seehofer kelmarin dan berkuat kuasa pada jam 8 pagi (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

"Penyebaran Covid-19 berlaku sangat cepat dan agresif. Salah satu langkah penting ialah untuk memutuskan rantaian jangkitan," ujarnya.

Di bawah langkah itu, rakyat tempatan dan mereka yang mempunyai permit penduduk tetap dibenarkan kembali di negara tersebut manakala individu yang tiada sebab penting untuk melakukan perjalanan dan disyaki dijangkiti virus tidak akan dibenarkan melintasi sempadan.

Iklan

Menurutnya, langkah kawalan baharu itu dilaksanakan secara sementara dan akan terus dinilai semula.

Difahamkan, sekatan itu terpaksa dikuatkuasakan selepas Robert Koch Institute yang bertanggungjawab untuk kesihatan awam di Jerman mengisytiharkan wilayah Alsace-Lorraine bersempadan Perancis sebagai kawasan berisiko.

Iklan

Difahamkan, langkah itu tidak menutup sempadan secara sepenuhnya kerana ia masih membuka laluan untuk penghantaran barangan. - AFP