Covid-19: Semua operasi LZNK ditutup

Iklan
Syeikh Zakaria Othman

ALOR SETAR - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengambil langkah pencegahan proaktif dengan menutup semua operasi zakat dalam usaha menangani penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, semua operasi LZNK ditutup bermula 18 hingga 31 Mac bagi mematuhi arahan kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Iklan
Iklan

Katanya, bagaimanapun, sebarang urusan berkaitan masih boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan atas talian LNZK seperti aplikasi Zakat on Touch dan jom.zakatkedah.com.my.

"Usaha berkenaan diambil memandangkan LZNK turut memandang serius hal ini dan mengambil langkah proaktif demi memastikan kesihatan pelanggan dan warga kerja terjaga," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Iklan

Katanya, LZNK turut menasihatkan orang ramai sentiasa mengamalkan langkah-langkah disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melindungi diri dan orang lain dari Covid-19.

Dalam perkembangan sama, katanya, orang awam boleh mendapatkan sebarang maklumat lanjut dengan menghubungi talian 019-4181740 (pentadbiran), 019-5962155 (agihan) dan 019-4092495 (kutipan).

Iklan