KUALA LUMPUR - Pejabat dan semua kaunter cawangan Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan ditutup bermula 18 sehingga 31 Mac ini bagi menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, PPZ-MAIWP memandang serius peningkatan penularan Covid-19 dan mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan kesihatan pelanggan dan warga kerjanya terpelihara.