Covid-19: Parlimen Ukraine lulus hukuman, denda lebih berat

Iklan
Pengangkutan awam di Kyiv berfungsi seperti biasa dan kenderaan dibasmi dua kali sehari. Foto: Xinhua

KYIV - Parlimen Ukraine hari ini meluluskan undang-undang melibatkan hukuman dan denda lebih berat dikenakan terhadap individu yang melanggar perintah kuarantin.

Undang-undang itu disokong 344 anggota Parlimen bertujuan membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

Di bawah undang-undang baharu itu, mereka yang didapati engkar perintah kuarantin boleh didenda antara AS$650 hingga AS$2,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun. - Bernama