Muhyiddin arah terus jejak dana 1MDB dari pelbagai negara

Iklan
Muhyiddin. Foto sumber internet

PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan agar usaha bagi menjejak dan mengembalikan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada pelbagai negara terus dilaksanakan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Perdana Menteri telah diberikan taklimat khas oleh pasukan petugas yang dipertanggungjawabkan untuk menjejak dana syarikat pelaburan strategik itu, pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Pasukan ini terdiri daripada wakil Jabatan Peguam Negara, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

"Dalam taklimat itu, Perdana Menteri dimaklumkan bahawa sejumlah RM1.4 bilion dana telah berjaya dikembalikan hasil usaha pasukan petugas berkenaan, manakala sebanyak RM6.9 bilion lagi telah dikenal pasti.

Iklan

"Pasukan petugas turut memberikan perincian tindakan yang telah dilaksanakan untuk membawa pulang dana 1MDB yang disyaki disalahgunakan di 17 buah negara," katanya hari ini.

Jun tahun lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata sebuah pasukan petugas khas akan dibentuk bagi mendapatkan semula aset bernilai kira-kira RM20.74 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC International) di luar negara.

Iklan

Pasukan itu akan diketuai Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) dengan disertai PDRM dan SPRM.