Pas sambut baik penolakan ICERD

Iklan
Tuan Ibrahim Tuan Man
KOTA BHARU - Pas menyambut baik keputusan tepat kerajaan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan tersebut dianggap sebagai berita menggembirakan rakyat.

"Alangkah baiknya kalau kenyataan menolak ICERD ini dikeluarkan lebih awal, sebelum ia jadi polemik.

"Apa-apa pun terima kasih Perdana Menteri kerana mendengar suara rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hari ini Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya mengumumkan perkara tersebut dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan meratifikasikan ICERD sebelum ini membangkitkan kemarahan banyak pihak sehingga menganjurkan himpunan bantahan di beberapa negeri.