ICQS Rantau Panjang sesak

Iklan
Suasana sesak di ICQS Rantau Panjang apabila Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok. Foto: Ihsan pembaca

RANTAU PANJANG - Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mulai sesak apabila warga Thailand yang berada di negeri ini mulai berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing.

Tindakan itu susulan langkah kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok dalam usaha mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan, Azhar Abdul Hamid berkata, Perintah Kawalan Pergerakan hanya dikenakan ke atas warga Malaysia yang mahu ke luar negara sahaja.

"Bagi warga Thailand, mereka masih boleh keluar mengikut pintu sempadan seperti biasa.

Iklan

"Bagaimanapun sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan mereka (warga asing) tidak dibenarkan masuk semula ke negara ini, sehinggalah tamat tempoh tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Suasana sesak di ICQS Rantau Panjang apabila Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok. Foto: Ihsan pembaca

Menurutnya, hanya warga Malaysia di luar negara sahaja dibenarkan masuk dengan syarat tertentu dan melepasi ujian saringan.

Iklan

Beliau turut berharap orang ramai dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan sentiasa peka dengan arahan semasa.

Sementara itu, seorang warga Thailand, Che Pa Che Min, 45, berkata, dia mulai beratur di ICQS Rantau Panjang seawal jam 8 pagi.

Katanya, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Kelantan ekoran permit kerjanya akan tamat pada Ahad depan.

"Untuk mengelakkan saya berdepan masalah di kemudian hari, saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung terlebih dahulu.

"Majikan pun sudah memberikan persetujuan berhubung hasrat saya ini," katanya.