Covid-19: JAIPk keluarkan tatacara majlis akad nikah

Iklan
MOHD YUSOP

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menetapkan majlis akad nikah hanya dilaksanakan di premis persendirian.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, majlis itu tidak dibenarkan dilaksanakan di tempat awam termasuk masjid, surau, dewan atau tempat-tempat awam lain.

Iklan
Iklan

"Merujuk kepada situasi semasa peningkatan ancaman wabak Covid-19, Jaipk menetapkan arahan tatacara bagi pelaksanaan majlis akad nikah berkuatkuasa serta merta.

"Selain mematuhi langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, tempoh pelaksanaan majlis hendaklah dipendekkan iaitu tidak melebihi 30 minit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, majlis itu hendaklah dihadiri oleh enam individu seperti yang dinyatakan dalam Rukun Nikah.

"Yang boleh dihadiri adalah seorang jurunikah, dua saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan seorang wali.

Iklan

"Majlis tersebut hendaklah dibatalkan sekiranya mana-mana pihak dalam kalangan individu tersebut telah disahkan atau disyaki dijangkiti Covid-19,” katanya.