KUALA LUMPUR – Pasar raya besar Mydin akan membuka operasi mereka setengah jam lebih awal bermula esok bagi warga emas dan orang kurang upaya (OKU) susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung penularan koronavirus (Covid-19).
Mydin Mohamed Holdings Bhd dalam hantaran di laman Facebooknya berkata, pasar raya besar itu akan dibuka bermula jam 7.30 pagi dan lorong pembayaran khas akan disediakan bagi kumpulan tersebut.