Petugas bendung Covid-19 layak diberi zakat: Mufti Perlis

Iklan
Dr Maza

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat, para petugas beragama Islam yang bertungkus-lumus menyelamatkan rakyat dan membantu negara menangani ancaman wabak koronavirus (Covid-19), layak diberikan zakat ‘fi sabilillah’ (berjuang pada jalan ALLAH).

Beliau berkata, para petugas Kementerian Kesihatan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pihak lain yang terlibat telah mempertaruhkan nyawa mereka, layak digelar sebagai para mujahidin yang berjihad pada jalan ALLAH.

Iklan
Iklan

"Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan rakyat dan negara. Mudah-mudahan bagi mereka pahala jihad.

"Saya berpendapat mereka layak diberikan peruntukan zakat fi sabilillah atas tugasan mereka,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Iklan
Iklan

Mohd Asri berkata, langkah ini mungkin boleh menampung keperluan petugas terbabit dan menguatkan lagi semangat mereka.- Bernama