Covid-19: Semua pejabat kerajaan di Perak ditutup

Iklan

IPOH - [DIKEMAS KINI] Semua Jabatan, agensi serta pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak ditutup esok sehingga 31 Mac 2020.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim menerusi surat pekeliling yang dikongsikan di laman Facebook Pejabat SUK Perak, hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, arahan itu berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang berkuat kuasa di seluruh negara.

"Namun demikian, sebahagian dari jabatan, agensi dan PBT yang terlibat dalam perkhidmatan penting masih perlu meneruskan perkhidmatan demi kepentingan negeri.

Iklan

"Semua ketua jabatan negeri, pegawai daerah, PBT dan Badan Berkanun Negeri wajib memastikan pentadbiran, keselamatan dan pengurusan kewangan terkawal sepanjang tempoh ini," katanya menerusi pekeliling tersebut.

Ahmad Suaidi berkata, sekiranya terdapat keperluan bertugas, hanya kakitangan yang wajib hadir dengan jumlah paling minima boleh diarahkan bertugas dalam satu-satu masa.

Iklan

Katanya, semua kakitangan yang perlu hadir bertugas dalam tempoh perintah berkenaan dianggap bertugas rasmi dan perlu pulang segera selepas tugas selesai.

Menurutnya, semua ketua jabatan dan kakitangan perlu bersiapsiaga sekiranya diarahkan untuk hadir ke pejabat atau ke lokasi lain.