GEORGETOWN- Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengambil langkah pencegahan proaktif dengan menutup semua operasi zakat dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amran Hazali berkata, semua operasi ZPP ditutup bermula 18 hingga 31 Mac ini bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.