BAGHDAD- Presiden Iraq, Barham Salih, hari ini melantik Adnan Al-Zurfi untuk membentuk kerajaan baharu, lapor agensi berita Anadolu.
Memetik stesen televisyen negara, Al-Zurfi diberi mandat membentuk kerajaan dalam masa 30 hari, berdasarkan perlembagaan.
Iklan
Iklan
Al-Zurfi adalah ahli Victory Alliance yang dipimpin bekas Perdana Menteri Haidar al-Abadi dan merupakan bekas gabenor wilayah selatan Najaf.
Iraq dilanda protes besar-besaran sejak awal Oktober disebabkan keadaan kehidupan rakyat yang semakin teruk dan jenayah rasuah berleluasa, memaksa Perdana Menteri Adel Abdul-Mahdi meletak jawatan.
Lebih 600 orang terbunuh dan 17,000 cedera dalam protes itu. -Bernama