Mukhriz kesal tidak dipanggil mesyuarat khas Covid-19

Iklan
Mukhriz membuat ciapan di Twitter sebagai membalas ciapan Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari hari ini.

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mendakwa tidak dipanggil menghadiri Mesyuarat Khas bersama Ketua-Ketua Menteri dan Menteri-Menteri Besar bagi menyelaras Perintah Kawalan Pergerakan antara negeri di Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meluahkan rasa kekecewaan berkenaan perkara itu melalui satu ciapan di Twitternya hari ini.

Iklan
Iklan

"Kedah pun tak diajak. Agaknya tak ada Covid-19 di Kedah," katanya membalas ciapan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Mukhriz berkata, beliau kesal kerana seorang pemimpin yang mengakui Perdana Menteri untuk semua sengaja tidak menjemput Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri yang tidak sehaluan dengan Perikatan Nasional untuk hadir Mesyuarat Khas untuk menangani Covid-19.

Iklan

Katanya, pihaknya tertanya-tanya sama ada rakyat Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah tidak layak menerima perlindungan dari wabak tersebut hanya kerana politik.

"Walhal kesemua negeri ini ditadbir oleh parti yang sealiran dengan kerajaan Putrajaya hanya tiga minggu lepas," katanya.

Iklan

Mukhriz turut mempersoalkan kewajaran rakyat di negeri ini dianaktirikan hanya kerana perubahan aliran politik yang berlaku di Pusat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan satu Mesyuarat Khas bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri petang tadi bagi membincangkan situasi terkini serta tindakan yang perlu diambil setiap pentadbiran negeri berhubung Perintah Kawalan Pergerakan bermula tengah malam ini sehingga 31 Mac depan.