JOHOR BAHRU - Jenazah lelaki warga tempatan yang merupakan antara dua kes kematian pertama akibat penularan wabak Covid-19 di negara ini selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di sini pada kira-kira jam 9 malam.
Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu, tiba dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada jam 8.16 malam.