Kementerian Luar tetap beroperasi: Hishammuddin

Iklan
Hishammuddin

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerja-kerja akan dilakukan seperti biasa di kementeriannya di sebalik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bertujuan mencegah penularan wabak Covid-19 bermula tengah malam ini.

Beliau berkata, ini penting demi memastikan fokus serta perancangan kementerian itu berkaitan Covid-19 tidak terganggu.

Iklan
Iklan

"Saya telah arahkan agar kerja berjalan seperti biasa biarpun perlu dilaksana dari rumah, secara dalam talian atau melalui apa jua cara," katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Hishammuddin menegaskan bahawa usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari Itali dan Iran merupakan tumpuan utama Kementerian Luar ketika ini.

Iklan

"Hari ini saya juga arah Wisma Putra melihat kepada rakyat kita di Amerika Syarikat," katanya sambil mengingatkan rakyat Malaysia di negara terjejas akibat wabak Covid-19 agar berdaftar dan sentiasa berhubung dengan pihak kedutaan bagi memudahkan urusan pemantauan serta bantuan konsular.

Beliau turut berterima kasih kepada seluruh warga Wisma Putra, termasuk Perwakilan Malaysia di luar negara, atas kesungguhan mereka menjalankan tugas sejak isu Covid-19 timbul.

Iklan

"Kepada rakyat dalam negara pula, saya harap semua patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan ini," katanya sambil menambah wabak Covid-19 perlu diperangi secara bersama.- Bernama