Lafaz 'hayya alassolah' di dalam azan akan diperlahankan

Iklan
Zulkifli

KUALA LUMPUR - Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, lafaz ‘hayya ‘alassolah (marilah bersembahyang) sewaktu azan akan diperlahankan bagi kawasan Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, cadangan itu telah disampaikan kepada wakil Istana Negara bagi menyembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Iklan
Iklan

"Berhubung dengan azan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ia adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, antara cadangan lain berkaitan kaedah azan adalah:

Iklan

Azan tetap akan dikumandangkan seperti biasa kerana ia adalah syiar Islam.

Setelah azan, mu’ azzin/bilal hendaklah berpesan,"Solatlah di rumah atau tempat kamu” dalam bahasa Melayu kerana ia lebih difahami oleh umat Islam di Malaysia. Ini bagi meraikan beberapa hadith riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad.

Iklan

Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin (1/208) menghukumkan sunat bagi muazzin untuk menyebut sedemikian selepas azan.

Zulkifli berkata, berdasarkan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Khas Bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sebentar tadi, semua arahan yang dikeluarkan di peringkat negeri mestilah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Namun begitu katanya, isu berkaitan agama Islam diselaraskan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri.

Berkenaan pengurusan jenazah korban Covid-19 yang beragama Islam, beliau berkata, ia hendaklah dilaksanakan sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayamum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah itu.

Kelonggaran itu diberikan kerana ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah, katanya.

"Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kes ke-178 dan kes ke-358 atas pemergian mereka. Pemergian mereka pada hakikatnya adalah tragedi yang memilukan buat negara,” katanya. - Bernama