Nafi 49 pelajar tahfiz positif Covid-19

Iklan
Pemilik akaun terbabit memuat naik status terbabit semalam.

SABAK BERNAM - Sebuah pusat tahfiz di Sabak Bernam menafikan seramai 49 pelajar yang menyertai Perhimpunan Bersama Ulama di Masjid Jamek Bandar Baru Sri Petaling, dekat sini, positif Covid-19 seperti yang tular di media sosial Facebook semalam.

Sumber pusat terbabit berkata, status dimuat naik seorang pemilik akaun terbabit disifatkan tidak bertanggungjawab dan hanya menimbulkan suasana panik dalam kalangan rakyat.

Iklan
Iklan

"Saya menafikan perkara ini dan ia berita palsu. Saya tidak tahu dari mana pihak terbabit mendapat sumber tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Sumber terbabit berkata, pihaknya telah mengikut semua arahan Kementerian Kesihatan yang meminta peserta perhimpunan itu pada 28 Februari lalu segera membuat saringan Covid-19.

Iklan

"Seramai 24 pelajar termasuk guru membuat saringan Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam selepas arahan terbabit," katanya.

Menurut beliau, sehingga kini kesemua mereka negatif daripada virus berkenaan manakala tiga masih di bawah pengawasan di Hospital Sungai Buloh dan dua lagi sudah dibenarkan pulang.

Iklan

Sumber berkata, pihaknya meminta pemilik akaun terbabit memadam status itu dengan segera bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

"Kami memandang serius isu ini dan saya sendiri dihubungi orang ramai sejak semalam yang bertanya kebenaran mengenai penyebaran berita itu.

"Sekiranya perkara ini masih tersebar kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk membuat laporan polis terhadap pemilik akaun berkenaan," katanya.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook terbabit memohon maaf di media sosial itu berikutan status dimuat naik semalam.

"Saya memohon maaf secara terbuka atas maklumat yang disebarkan sebelum ini.

"Kerana (saya) terlalu takut dengan penjelasan yang diberikan semalam dalam keadaan anak tidak sihat," katanya.