29 Bahagian Bersatu di arah bersidang April

Iklan
Marzuki Yahya

KUALA LUMPUR - Baki 29 daripada 189 bahagian Bersatu yang Iayak bersidang dan masih belum sempat menghabiskan persidangan diarah meneruskan persidangan masing-masing mulai 1 hingga 7 April depan.

Setiausaha Agung parti Datuk Marzuki Yahya dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diisytihar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac lepas bagi mengekang penularan Covid-19.

Iklan
Iklan

Ketetapan itu juga dibuat setelah berbincang dengan Pengerusi serta pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, menurut beliau.

"Arahan ini masih tertakluk kepada pengumuman dan perkembangan selanjutnya yang akan dibuat oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Iklan

"JPP perlu mengambil langkah-langkah pencegahan sewajarnya mengenai wabak ini semasa mengendalikan persidangan yang berbaki bagi semua bahagian yang terlibat. Pemakaian pemakluman ini adalah berkuatkuasa serta merta,” katanya.

Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa mulai hari ini hingga 31 Mac di seluruh negara. - Bernama

Iklan