SKM timbang tangguh bayaran balik pinjaman

Iklan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengambil inisiatif untuk mempertimbangkan sebarang permohonan penangguhan pembayaran balik pembiayaan daripada koperasi yang kerugian akibat penularan Covid-19.

Dalam kenyataan hari ini, SKM berkata, ia turut mempertimbangkan untuk membuat penjadualan semula ke atas pembiayaan Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi atau apa-apa pembiayaan yang dikeluarkannya bagi membantu memulihkan ekonomi koperasi yang terjejas akibat penularan tersebut.

Iklan
Iklan

"Suruhanjaya Koperasi mengambil kira kesan wabak Covid-19 kepada ekonomi negara yang mengakibatkan kerugian kepada koperasi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dan perhimpunan ramai sebagai langkah pencegahan penularan wabak ini,” kata SKM.

Selain itu, SKM turut menggalakkan koperasi yang mengeluarkan pembiayaan peribadi, pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) dan mikro kredit kepada anggotanya untuk turut sama menawarkan penangguhan pembayaran balik terbabit.

Iklan
Iklan

"Ini terutama kepada anggota yang berdepan dengan masalah kewangan seperti tindakan pemberhentian pekerjaan oleh majikan, cuti tanpa gaji dan perniagaan yang terjejas,” katanya. - Bernama