ALOR SETAR - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah wabak koronavirus (Covid-19).
Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, pihaknya akan membuat penambahan set bekalan makanan serta bantuan kepada sektor-sektor kritikal seperti sektor kesihatan.