Rakyat perlu faham Perintah Kawalan Pergerakan

Iklan
Pemandangan udara di sekitar jalan-jalan utama di pusat bandar Kuala Lumpur yang kebiasaannya sesak pada hari bekerja biasa kini bertukar lengang selain pergerakan kenderaan juga menjadi sangat lancar ketika tinjauan fotoBernama hari ini. -Foto Bernama

SHAH ALAM - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) kesal dengan tindakan rakyat negara ini kerana tidak memahami konsep Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa selama 14 hari bermula hari ini.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, rakyat sepatutnya perlu bertenang menghadapi situasi itu dan menyambut saranan perintah tersebut dengan baik untuk mengurangkan risiko penyakit berjangkit dalam negara.

Iklan
Iklan

"Tujuan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan adalah untuk memantau penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Sekiranya rakyat ingkar dan tidak patuh dengan arahan tersebut, mereka akan terdedah dengan risiko sebagai pembawa wabak kepada orang lain. Situasi ini akan menyebabkan pandemik Covid-19 menjadi semakin serius dan tidak surut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan semalam, ramai rakyat membuat pembelian dan pergerakan panik, dan keadaannya sangat membimbangkan.

Dalam pada itu, Gerakan turut menyarankan semua rakyat negara ini bertenang dan tidak bertindak melulu.

Iklan

"Amalkan beberapa saranan untuk membendung Covid-19, antaranya dengan bertenang dan duduk di dalam rumah, keluar rumah hanya untuk urusan penting dan membeli makanan serta barangan keperluan sahaja," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perintah kawalan pergerakan bermula hari ini, Kuala Lumpur tenang

Beliau berkata, kementerian lain juga perlu berganding bahu membendung masalah ini dengan mewujudkan mekanisme untuk membantu rakyat menghadapi perintah tersebut contohnya amalan pembelian berhemah, kawalan jualan berperingkat dan sebagainya.

Ini kerana katanya, walaupun perintah itu tertakluk kepada pergerakan semata-mata, ia tetap memberi kesan sampingan ke atas aktiviti lain.

”Oleh yang demikian, semua pihak perlu bekerjasama membendung dan mencegah sehingga negara kita diisytihar bebas wabak Covid-19,” jelasnya.