Covid-19: Pasar Payang tetap dikunjungi

Iklan
Pengunjung membeli sayur di Pasar Payang.

KUALA TERENGGANU - Pasar Payang tetap menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong walaupun Perintah Kawalan Pergerakan, bermula hari ini.

Tinjauan Sinar Harian hari ini mendapati walaupun jumlah pengunjung berkurangan daripada biasa, namun masih ramai yang ke pasar itu bagi membeli barangan keperluan harian.

Iklan
Iklan

Ada juga pelancong yang mengambil kesempatan untuk membeli barangan tempatan seperti keropok dan keperluan harian untuk dibawa pulang.

Pasar Payang dipenuhi pengunjung pada hari pertama perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan.

Manakala kebanyakan peniaga lain seperti kedai emas, pakaian dan cenderahati mengikut arahan dengan menutup kedai masing-masing.

Iklan

Seorang peniaga beras, Rokiah Othman, 55, berkata, kedainya masih dikunjungi pelanggan biasa dan ada tambahan belian.

"Kalau lihat pada jualan hari ini, yang datang membeli adalah pelanggan biasa. Ada juga pelanggan lain, tapi tidak ramai.

Iklan

"Tapi sejak beberapa hari ini, boleh lihat mereka datang membeli dengan kuantiti yang lebih disebabkan kebimbangan kekurangan stok sepanjang perintah kawalan pergerakan ini.

"Tapi saya tengok tiada pembelian panik, mereka hanya beli sedikit lebih daripada biasa sebagai persediaan. Ada yang beli dua atau tiga kampit beras tidak sebagaimana biasa," katanya.

Rokiah

Sementara itu, Junaidah Ismail, 53, berkata, dia ke Pasar Payang bagi membeli barangan keperluan dan barangan kering untuk dibawa pulang ke Sungai Besi, Kuala Lumpur.

"Tiada tambahan belian yang dibuat sepanjang tempoh kawalan ini memandangkan hanya berdua di rumah dan percaya, barangan keperluan masih mencukupi sebagaimana jaminan kerajaan," katanya.

Sinar Harian difahamkan, Pasar Payang mula beransur lengang bermula tengah hari setelah pihak berkuasa turun memantau dan menasihatkan orang ramai supaya akur dengan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan.