SUBANG JAYA - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengesahkan seorang kakitangannya di Plaza Tol Ebor (Plaza masuk) telah disahkan positif jangkitan koronavirus (Covid-19).
Menerusi satu kenyataan hari ini, syarikat konsesi lebuh raya itu memberitahu kakitangannya yang bertugas sebagai pembantu khidmat pelanggan ketika ini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan kerajaan.
"Pihak PLUS telah mengarahkan semua kakitangannya yang mempunyai hubungan rapat dengan kakitangan terbabit supaya mengadakan pemeriksaan dan saringan kesihatan serta dikuarantin.
"PLUS memberi jaminan bahawa kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan diadakan di plaza tol yang terbabit," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk) menghala ke Lebuhraya ELITE akan ditutup sementara mulai jam 12:01 pagi hingga 11:59 malam pada 19 Mac (Khamis) untuk kerja-kerja sanitasi dan pembersihan.
Pengguna dari Shah Alam, Batu Tiga serta kawasan sekitar yang menghala ke KLIA, Putrajaya dan selatan dinasihatkan supaya memasuki lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Shah Alam atau Seafield sepanjang tempoh penutupan tersebut.
"PLUS juga ingin menjelaskan semua lokasi rawat dan rehat (R&R) PLUS ketika ini hanya menyediakan jualan makanan secara bungkus dan semua medan makan ditutup bagi mengelakkan pelanggan berkumpul.
"Selain itu, pelanggan yang beragama Islam dinasihatkan supaya membawa sendiri kelengkapan beribadat seperti sejadah, kain pelikat ataupun telekung untuk solat di surau R&R," katanya.
PLUS juga menasihatkan pengunjung R&R yang berhenti untuk membeli makanan supaya beratur di dalam jarak 1 meter di antara satu dan lain.
Hanya seorang wakil dari setiap kenderaan dibenarkan untuk keluar membeli makanan dari gerai R&R bagi pihak penumpang yang lain.