Lee Chong Wei harap semua patuhi arahan, duduk di rumah

Iklan
Instagram Lee Chong Wei

SHAH ALAM - Pemain legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menggesa semua pihak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan bermula hari ini.

Beliau menggesa semua rakyat Malaysia untuk berada di rumah dah tidak balik ke kampung masing-masing.

Iklan
Iklan

Bekas pemain nombor satu dunia itu juga sempat menitipkan nasihat agar rakyat Malaysia tidak menganggap waktu 14 hari ini sebagai 'cuti hari raya'.

"Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya.

Iklan

"Dan I minta tolong semua duduk di rumah jangan keluar sementara ni. Jangan balik kampong macam cuti raya. Anda mungkin OK, tapi yang mati nanti orang tersayang.

"Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panik. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat," kata beliau.

Iklan

Beliau juga mengungkapkan penghargaan tidak berbelah bahagi buat petugas bahagian hadapan dalam usaha mengekang wabak tersebut.

"Kepada frontliners, para doktor, jururawat, kakitangan hospital dan juga cashier pasar Raya yang terus berkhidmat dalam masa ini. Terimalah tunduk hormat dari saya!

"Cara paling baik kita membalas budi dan menyumbang, is to #STAYHOME," tulisnya.