Doktor ingatkan rakyat Malaysia duduk di rumah

Iklan
Seorang doktor menggunakan kemudahan Facebook untuk kegunaan yang baik dengan berkongsi petikan untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar duduk di rumah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam.

KUALA LUMPUR- Seorang doktor menggunakan kemudahan Facebook untuk kegunaan yang baik dengan berkongsi petikan untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar duduk di rumah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam.

Dr Gee Teak Sheng, perunding pakar bedah dari Hospital Pantai, Pulau Pinang telah berkongsi sekeping foto beliau sambil memegang sehelai kertas yang tertera perkataan ‘I Stay At Work for You, You Stay at Home for Us’ (Saya Berada Di Tempat Kerja Untuk Anda, Anda Duduk Di Rumah Untuk Kami), serta hashtag #StayHome dan #DudukRumah.

Iklan
Iklan

Teak Sheng turut memuat naik foto kakitangan perubatan yang bertugas semasa pelaksanaan perintah itu.

Hantaran itu adalah sebagai ingatan kepada rakyat Malaysia agar duduk di rumah yang bukan sahaja dapat membendung penularan Covid-19 tetapi juga dapat meringankan beban pakar perubatan dalam tempoh yang getir ini.

Iklan

Perintah sekatan itu melibatkan penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara termasuk kesihatan dan farmasi yang berada di barisan hadapan.

Ia juga paparkan pengorbanan perkhidmatan tersebut dalam usaha memerangi virus itu dan berkhidmat demi negara.

Iklan

Hantaran itu yang dikongsi 44,000 netizen melalui Facebook turut menjadi gelombang di platform media sosial yang lain seperti Twitter dan Instagram.

Warganet memuat naik hantaran dengan memberi komen yang menggalakkan dan penghargaan.

Tay Liang Hua, pengguna Facebook dari Muar memuat naik ucapan penghargaan"Thank you Doctor Gee and your team of staff for the dedication. Appreciate your efforts to educate the public at this critical time (Terima kasih Doktor Gee dan pasukan staf anda untuk tugas yang dedikasi. Amat menghargai usaha anda untuk mendidik orang ramai pada saat yang getir ini).”

Di platform Twitter, @adaazam menghantar semula foto itu dengan kapsyen,"Please, please stay at home. Please support doctors and nurses. Please support this movement (Tolong, tolong duduk di rumah. Tolong sokong doktor dan jururawat. Tolong sokong usaha ini).”

Selain kesihatan dan farmasi, ia turut melibatkan sektor telekomunikasi, pos, pengangkutan, penyiaran, kewangan dan perbankan iaitu hanya sebahagian staf yang bekerja semasa pelaksanaan perintah ini yang berkuat kuasa dari hari ini hingga hujung bulan ini. - BERNAMA