KUALA LUMPUR - Perodua akan menangguhkan semua operasi di ibu pejabat, fasiliti pengeluaran, pusat-pusat jualan dan servis serta pusat-pusat Badan dan Cat di seluruh negara bermula 18 hingga 31 Mac ini atau tertakluk kepada sebarang pengumuman baharu daripada kerajaan dari masa ke masa.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, keputusan itu dibuat susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan untuk menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh negara.
Iklan
Iklan
Menurutnya, penghantaran kenderaan baharu, servis serta perkhidmatan Badan & Cat dijangka akan beroperasi semula selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
"Kakitangan cawangan kami akan menghubungi pelanggan-pelanggan dalam tempoh ini sekiranya perlu untuk memberi penjelasan dan makluman mengenai situasi ini.
"Kami berharap agar rakyat Malaysia dapat memberikan kerjasama penuh dengan mengikuti segala arahan kerajaan serta mengehadkan pergerakan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.
Beliau berkata, orang ramai yang mengalami isu dengan kenderaan boleh menghubungi talian bebas tol Perodua Auto Assist, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu di 1-800-88-5555.
Artikel Berkaitan