SHANGHAI - Penerbangan sewa khas yang membawa 12 pakar perubatan China serta lebih 17 tan peralatan perubatan berlepas ke Milan hari ini, untuk membantu Itali yang sedang bertungkus-lumus memerangi wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua.
Dikendalikan China Eastern Airlines, penerbangan itu berlepas kira-kira jam 11.26 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong dan dijadual tiba di Milan pada 4.31 petang ini waktu tempatan.