LHDN beri kelonggaran kepada pembayar cukai

Iklan
LHDN. Foto Sumber Internet

SHAH ALAM – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi kelonggaran kepada pembayar cukai meliputi beberapa bayaran dan urusan berkaitan percukaian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam hingga 31 Mac ini.

LHDN dalam kenyataan memaklumkan, kemudahan yang diberikan ini diharap dapat membantu pembayar cukai mengatur semula urusan percukaian seperti Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), duti setem dan permohonan nombor pin e-Filing.

Iklan
Iklan

"LHDN dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) amat prihatin dengan kesulitan yang dihadapi oleh semua pembayar cukai yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac 2020.

"Sebagai rujukan pembayar cukai, LHDN ingin memaklumkan bahawa soalan lazim (FAQ) berkaitan perkara ini boleh diakses dan dimuat turun dengan mengikut langkah mudah dengan melayari laman portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara),” katanya.

Iklan
Iklan