Covid-19: Polis Negeri Sembilan minta orang ramai kekal di rumah

Iklan
Antara sekatan jalan raya di Jempol malam tadi.

SEREMBAN- Polis menasihatkan masyarakat di Negeri Sembilan supaya terus kekal berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, sekatan jalan raya dan hebahan melalui pembesar suara berhubung Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan sejak semalam.

Iklan
Iklan

"Di Negeri Sembilan, kita telah mula sejak 12 tengah hari semalam bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk melakukan pemantauan sepanjang tempoh 14 hari ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, di daerah Tampin, sekatan jalan raya bermula jam 11 malam tadi di dua lokasi iaitu Jalan Batu 1, Tampin dan hadapan Mahkamah Gemas.

Iklan

"Hebahan melalui pembesar suara bermula pagi ini dan selain itu, kami akan melakukan pemeriksaan bersama Pejabat Kesihatan daerah di premis -premis perniagaan terutamanya restoren dan kedai makan agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

"Orang ramai diingatkan terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini sepanjang tempoh 14 hari ini," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Dalam pada itu, Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, hasil sekatan jalan raya malam tadi di Feldajaya Selatan disini masih terdapat segelintir orang awam yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini.

" Kita melakukan sekatan jalan raya bermula jam 8 malam dan masih ada segelintir orang awam yang ingkar arahan yang dikeluarkan," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan di daerah itu.

Terdahulu, Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani turut mengesahkan pihaknya telah memulakan sekatan jalan raya malam tadi.

" Di Kuala Pilah ada juga orang awam yang ingkar tetapi tidak ramai, ada antaranya memberikan alasan menghantar emak dan ayah balik ke kampung sedangkan arahan perintah Kawalan Pergerakan telah di uar-uar kan sebelum ini," katanya.