China hantar bantuan peralatan perubatan ke Malaysia: Hishammuddin

Iklan
Hishammuddin - Foto Bernama

KUALA LUMPUR -- Bantuan pertama peralatan perubatan dari China kini dalam proses penghantaran ke Hospital Sungai Buloh dalam usaha usaha menangani penularan COVID-19.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak Kedutaan China di Malaysia kepadanya pagi tadi.

"Pagi ini, Kedutaan China di Malaysia maklumkan, bantuan pertama peralatan perubatan sudah dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Terima kasih kepada kerajaan China kerana tak tunggu lama untuk bantu.

Iklan
Iklan

"Teringat saya kata-kata Bai Tian (Duta Besar China ke Malaysia) masa kami jumpa hari tu, ‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni!’,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hishammuddin pada Isnin lepas menerima kunjungan Bai Tian di Wisma Putra, Putrajaya, membincangkan mengenai hubungan Malaysia-China yang perlu diperkukuh demi manfaat dalam pelbagai sektor serta tumpuan terhadap usaha menangani penularan COVID-19.

Iklan
"Baru tiga hari lepas saya bertemu Bai Tian untuk bincang mengenai bantuan yang mungkin kerajaan China boleh hulurkan bagi membantu Malaysia tangani wabak #COVID19,” katanya.

Susulan pertemuan itu, Hishammuddin telah berhubung secara rasmi dengan rakan sejawatnya di China, Wang Yi bagi mendapatkan bantuan agar rakyat Malaysia yang berada di negara tembok besar itu mendapat perlindungan sebaiknya susulan penularan COVID-19.

"Saya juga tulis secara rasmi kepada rakan sejawat di China, untuk dapatkan bantuan penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan pembasmi kuman, #COVID19 ‘test kit’ dan lain-lain,” katanya.

Iklan