Covid -19: Kes kematian di Indonesia kini 25 orang

Iklan
Achmad Yurianto. - Foto Sumber Internet

JAKARTA - Jumlah kematian akibat virus Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 25 orang hari ini.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, sebanyak enam lagi kes kematian dicatatkan hari ini berbanding jumlah kematian setakat semalam 19 orang.

Iklan
Iklan

"Setakat jam 12 tengah hari ini, kes positif meningkat kepada 309, tambahan 82 kes baharu (semalam jumlah kes positif 227)," katanya,hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang disiarkan secara langsung di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB).

Berdasarkan pecahan kes kematian, Jakarta mencatatkan 17 kes kematian, Jawa Tengah (tiga), Bali (satu), Banten (satu), Jawa Barat (satu), Jawa Timur (satu) dan Sumatera Utara (satu).

Iklan
Iklan

- Bernama